Keanggotaan

Keanggotaan JKTBM terdiri daripada:

i. Ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia;
ii.

Jawatankuasa yang dilantik ini terdiri daripada (14) empat belas orang ahli: (2) dua daripadanya ialah ex officio dari Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Ketua Pengarah (Pengerusi) dan Timbalan Ketua Pengarah dasar (ahli), (2) dua ahli dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum), dan (10) sepuluh ahli dalam kalangan tokoh yang mewakili institusi pengajian tinggi, badan perundangan, persatuan yang diiktiraf, badan korporat, dan pakar-pakar yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan, bahasa, sastera dan budaya, serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk kemajuan bahasa Melayu;

iii.

Timbalan Pengerusi dicadang dan dilantik oleh Pengerusi daripada kalangan ahli;

iv.

Tempoh keanggotaan seseorang yang dilantik adalah selama tiga (3) tahun. Bagi ahli yang mewakili persatuan, tarikh tamat keanggotaan adalah tarikh tamat tempoh jawatan yang dipegang dalam persatuan jika tarikh tersebut sebelum tempoh tiga tahun.