Pengenalan

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU (JKTBM)

Ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan hasrat yang terkandung dalam Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia yang telah ditandatangani oleh     Encik Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, dan Bapak Mahsuri Salleh S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta.

Ahli dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada tokoh yang berwibawa dalam bidang kebahasaan atau mewakili institusi pengajian tinggi tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (khususnya badan kebahasaan), badan perundangan, badan korporat, Bahagian Pembangunan Kurikulum, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia

3 tahun tempoh pelantikan ahli.

Fungsi

  • Badan induk dan daya penggerak bagi negara Malaysia dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
  • Menyelaraskan dan menyeragamkan penggunaan bahasa di ketiga-tiga negara anggotanya iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Ketua dan anggota perwakilan Malaysia ke Sidang MABBIM dipilih daripada kalangan ahli jawatankuasa ini.

    Tugas

  • Merancang dan memantapkan bahasa Melayu dari segi sistem ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa, dan membuat perakuan dan cadangan mengenai pengisian dan pelaksanaan dasar-dasar bahasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia. 
  • Menyusun serta menerbitkan beberapa pedoman dan panduan bahasa, antaranya termasuklah Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, Panduan Penyusunan Kamus Istilah, dan Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi.